Kementerian Pendidikan Malaysia    
 
Maklum Balas Baharu   Maklum Balas Baharu Semak Maklum Balas   Semak Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
6. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
7. Bagaimana cara membuat aduan?
8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
9. Apa berlaku kepada aduan saya?
10. Berapa lama Kementerian Pendidikan Malaysia membuat siasatan?


1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?  
 

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi, nombor telefon dan emel.

4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. Kementerian Pendidikan Malaysia menerima aduan tanpa nama atau histleblower?. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jenis aduan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

6. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?  
 

7. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.
 
8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Kementerian Pendidikan Malaysia siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

9. Apa berlaku kepada aduan saya?  
 
 
10. Berapa lama Kementerian Pendidikan Malaysia membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. 
 
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader