Kementerian Pendidikan Malaysia    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
6. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
7. Bagaimana cara membuat aduan?
8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?
9. Apa berlaku kepada aduan saya?
10. Berapa lama Kementerian Pendidikan Malaysia membuat siasatan?


1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?

  • Aduan yang berkaitan Bahagian / Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Sekolah.
  • Perkara yang boleh diadukan ialah berkaitan hal pendidikan sama ada berbentuk aduan, maklum balas, pertanyaan atau penghargaan.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi, nombor telefon dan emel.


4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Ya. Kementerian Pendidikan Malaysia menerima aduan tanpa nama atau histleblower. Pada kebiasaannya kami tidak akan melakukan siasatan melainkan aduan itu membangkitkan sesuatu perkara yang serius dan terdapat maklumat mencukupi dalam aduan untuk membolehkan kami menjalankan siasatan.

5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jenis aduan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

6. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?

Hanya aduan yang berkaitan dengan Jabatan, Agensi dan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

7. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, faks, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.

8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia?

  • Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia membantu.
  • Butiran aduan yang yang diberi perlu lengkap dengan perkara seperti nama orang yang diadu / lokasi kejadian / nama organisasi terlibat / tarikh kejadian dan perkara yang diadu.
  • Pengadu perlu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat, maklumat organisasi dan nombor telefon untuk membolehkan KPM melaporkan perkembangan siasatan.
  • KPM boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.
  • Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan.


9. Apa berlaku kepada aduan saya?

Setiap aduan yang diterima akan diteliti dan dikemukakan kepada Bahagian / Jabatan / Agensi KPM untuk diberikan maklum balas/proses siasatan (jika perlu).
Pengadu akan diberikan surat akuan terima yang menyatakan Bahagian / Jabatan / Agensi dan pegawai yang menguruskan aduan tersebut.

10. Berapa lama Kementerian Pendidikan Malaysia membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader